"Barang ada tinggal tak?"
Luggage terakhir dikeluarkan daripada bonet Avanza.
"Tak."
Beg galas berisi komputer riba digalas.
"Ada masalah call. Kalau Kal tak angkat, mesej."
Hana cuma angguk kecil. Malas hendak menjawab.
"Telefon jangan off. Kalau ada kuliah pun, vibrate. Jangan lupa charge tiap-tiap malam."
Hana angguk lagi. Mata sudah liar menerewang ke sana sini. Tanda-tanda malas hendak jadi pendengar setia.
"Sakit, pergi klinik. Jangan asyik telan panadol. Tapi gi tau Kal dulu kalau apa-apa."
Hana angguk untuk kali yang ketiga. Mata kini tepat membelek jari-jari kaki yang terjulur keluar dari sandal hitamnya. Cuba mengagak berapa sentimeter kukunya memanjang.
"Duit cukup?"
Hana angguk, mewakilkan jawapannya dalam bentuk tindakan. Haikal pandang Hana lama. Sedar yang Hana mulai bosan dengan segala macam arahan daripadanya sejak pagi tadi.
"Jangan layan sangat lelaki kat sini. Semuanya hidung belang."
Hana angguk.
"Jangan main mata dengan student lelaki kat sini. Hana tu tunang Kal."
Hana angguk.
"Kal sayang Hana, Hana sayang Kal tak?"
Hana angguk. Haikal mula ukir senyum segaris.
"Kal akan rindu kat Hana. Hana rindu dekat Kal tak nanti?"
Hana angguk. Senyum Haikal mulai melebar.
"Kita kawin tahun ni jugak boleh kan?"
Hana angguk. Senyum Haikal sudah sampai ke telinga.
"Yahooooo!!!!!!!!!"
Haikal menjerit. Hana yang berdiri disebelahnya terkejut.
"Buang tebiat ka?"
Mata Hana memerhatikan persekitarannya. Malu kerana ada mata yang tepat memandang kearahnya, Hana menundukkan wajahnya rapat.
"Behave macam orang tua sikit boleh?"
Hana ketap bibir tahan marah. Menyampah, meluat bercampur jadi satu rasa. Mood Haikal macam graf, ada turun naik, Tapi turun naik tak sekata langsung. Tiba-tiba naik, tiba-tiba turun. Buatkan dia rasa macam nak ja bagi penampar kiri kanan, bagi tunangnya yang hanya seorang tu kembali jadi manusia biasa.
"Ok, nak tema apa?"
"Tema apa?"
Muka Haikal dipandang jelak. Bukan sebab Haikal tak layak masuk kategori kacak. Tetapi sebab perangai Haikal dah layak masuk kategori budak-budak di taman asuhan kanak-kanak.
"Tema wedding kita la."
"Kawin apa pulak?"
"La, tadi Hana yang setuju."
"Bila pulak?"
"Tadi."
"Mana ada."
"Ada la. Hana yang beria angguk tadi."
Hana diam lama. Cuba flashback semua babak yang baru berlalu.
"Oooo..."
Hana senyum nipis.
'Pandai ya nak ambik kesempatan atas kemalasan aku nak melayan.'
"Tak sah. Anggukan dilakukan separa sedar."
"Sah la."
"Tak ada maknanya nak sah-sah. Dah la, lewat dah ni. Balik kirim salam dengan mama, papa dan Fisha."
Hana melangkah laju. Badannya yang kecil tenggelam dek 2 3 beg yang tersangkut di bahu.
"Assalamulaikum."
Hana sekadar melambaikan tangan kanannya seketika sebelum hilang dibalik tangga blok asrama.
"Mood macam graf. Tiba-tiba mencanak naik, tup-tup mendadak turun."
Haikal kupas senyum sebelum enjin kereta dihidupkan.